Kamis, 04 Februari 2010

semakin giat...

Latihan nyanyian bersama Pak Anton dan anak-anak yang dipimpin oleh adik Della. Kali ini mereka lebih serius lho...

Yang ini pula, latihan anak-anak untuk bercakap di hadapan supaya mereka tidak gentar apabila berhadapan dengan orang ramai...
Di atas ini, latihan self-introduction oleh anak-anak...

dalam persiapan hari keempat, anak-anak terus berusaha dan berusaha... walaupun ada anak-anak yang baru sajaha mengambil bahagian, mereka terus berlatih dan berlatih sehingga mereka bisa menyebutnya. contohnya seperti kemaren (04022010) ada seorang anak, namanya Juwita. Baginya, dia sukar untuk menyebut perkataan 'this is' tapi dengan berkat usahanya, akhirnya dia bisa menyebutnya dengan betul... selamat adik Juwita...


Rabu, 03 Februari 2010

Preparation...

Della sedang membawa teman-temannya untuk latihan nyanyian sebagai persembahan di acara yang akan dibuat minggu hadapan... Mereka rajin berlatih lho...

Mereka ini semuanya anak-anak yang sering mengunjngi Rumah Upit untuk belajar, membaca dan bermain... Semuanya sungguh-sungguh latihan ya!! Sukses slalu!

Begitulah sedikit keadaan yang sempat diambil fotonya kemaren sewaktu anak-anak lagi latihan di Rumah Upit. Mereka melakukannya dengan baik sekali. Semoga mereka sentiasa sukses sampai kapan-kapan. Bagi yang akan mengambil bahagian dalam 'self-introduction', kesemua anak-anak melakukannya dengan baik cuma mungkin perlu lebih banyak praktis untuk berbicara di hadapan orang ramai.

Selain diajar membaca dalam Bahasa Indonesia & Bahasa Inggeris, anak-anak juga diajar untuk memberanikan diri berbicara dihadapan orang ramai. Hal ini untuk mempersiapkan diri mereka di masa hadapan agar tidak kekok atau malu jika disuruh membaca/berpuisi bahkan menjadi Master if Ceremony (MC). Dengan itu, anak-anak akan lebih percaya diri dan akan sentiasa berfikir positif bahawa mereka bisa melakukan sesuatu...

Selasa, 02 Februari 2010

persiapan...

Persiapan untuk upacara perasmian Rumah Teo, Langap dan acara ulangtahun Rumah Upit yang pertama berjalan dengan baik pada hari ketiga dalam minggu ini. Anak-anak yang terlibat dalam acara ini berusaha agar mereka dapat memberikan yang terbaik dalam persembahan mereka nanti. Beberapa persembahan seperti self-introduction, showing picture cards dan sebagainya akan dibuat. Walaupun kelihatannya mudah bagi kalian, tapi bagi mereka, ianya satu usaha yang membuahkan hasil dan ini merupakan kejayaan bagi mereka.
Kepada yang terlibat sebagai MC pula, ianya merupakan satu tanggungjawab yang besar kerana buat pertama kalinya mereka menjadi MC yang juga sebagai penghidup suasana acara itu nanti.

Senin, 01 Februari 2010

Akan Datang...

Acara Perasmian Rumah Teo ( Langap ) akan dibuat pada 09022010 dan disamping sambutan ulang tahun Rumah Upit yang pertama dirayakan. Beberapa orang anak-anak yang sering mengunjungi Rumah Upit akan turut serta dalam acara ini nanti. Dalam 1 minggu sebelum acara itu berlangsung, anak-anak yang turut serta dalam acara itu nanti berusaha dengan sekuat upaya mereka supaya acara itu akan berjalan dengan lancar... Daripada latihan-latihan yang mereka lakuka sebelum acara itu dibuat, semangat kerjasama dapat dipupuk/dibina antara mereka. bagi yang ditugaskan sebagai MC, ianya 1 tugas yang mencabar kerana menurut mereka, mereka tidak pernah menjadi MC sebelum ini. Jadi, dengan cara ini, dapat melatih mereka supaya berani dan bisa untuk bercakap di hadapan orang ramai...

Selasa, 10 November 2009

Fun activity

Painting tyres..




Playing Kasti
Jumping on the tyres

Senin, 09 November 2009

October's Kid of the month


Oktavianus bersama teman-temannya...


Oktavianus terpilih menjadi "Kid of the month" oktober 2009

Jumat, 21 Agustus 2009

English Class


wah..kalo ini semua pada semangat belajar...saling berinteraksi berpasangan....