Selasa, 02 Februari 2010

persiapan...

Persiapan untuk upacara perasmian Rumah Teo, Langap dan acara ulangtahun Rumah Upit yang pertama berjalan dengan baik pada hari ketiga dalam minggu ini. Anak-anak yang terlibat dalam acara ini berusaha agar mereka dapat memberikan yang terbaik dalam persembahan mereka nanti. Beberapa persembahan seperti self-introduction, showing picture cards dan sebagainya akan dibuat. Walaupun kelihatannya mudah bagi kalian, tapi bagi mereka, ianya satu usaha yang membuahkan hasil dan ini merupakan kejayaan bagi mereka.
Kepada yang terlibat sebagai MC pula, ianya merupakan satu tanggungjawab yang besar kerana buat pertama kalinya mereka menjadi MC yang juga sebagai penghidup suasana acara itu nanti.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar